PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MANJUNG 2019
1.0 NAMA KEJOHANAN
Kejohanan Merentas Desa Pembangunan Majlis Sukan Sekolah Daerah
Manjung Tahun 2019.
2.0 TARIKH DAN MASA
Kejohanan : 13 November 2019 (Rabu), Masa 7.30 pagi
3.0 TEMPAT :
SK Gugusan Lekir, Sitiawan.
4.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
KEJOHANAN
ini dijalankan mengikut
Undang-Undang Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (KOAM),
Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM),
Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPk).
5.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI /
JARAK LALUAN
Kategori
|
Peringkat
Umur
|
Jarak
|
A
|
Lelaki
bawah 16 tahun
|
6 km
|
B
|
Perempuan
bawah 16 tahun
|
4 km
|
C
|
Lelaki
bawah 14 tahun
|
6 km
|
D
|
Perempuan
bawah 14 tahun
|
4 km
|
E
|
Lelaki
bawah 11 tahun
|
3 km
|
F
|
Perempuan
bawah 11 tahun
|
3 km
|
6.0 PENGESAHAN
PESERTA – PESERTA / TURUTAN KEJOHANAN
6.1.1 Melaporkan diri
6.1.1.1 Melapor diri dan sesi Pengesahan penyertaan yang akan dilakukan
oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan menyemak senarai nama peserta sekolah
masing-masing berdasarkan pendaftaran online.
6.2 PERTANDINGAN
6.2.1
Pertandingan
6.2.2 Penyampaian
Hadiah
6.2.3 Bersurai
7.0 PENDAFTARAN
PESERTA
7.1 Setiap
peserta yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 4 peserta bagi setiap kategori (Sekolah Menengah). 4 peserta bagi
setiap kategori (Sekolah Rendah)
7.2
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan
Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
7.3
Borang
Pendaftaran secara ONLINE. Tarikh TUTUP
pada 11 November 2019 (Isnin).
Gunakan link dibawah;
BAWAH 11 https://tinyurl.com/SR11mdesa2019
BAWAH 14 https://tinyurl.com/SM14mdesa2019
BAWAH 16 https://tinyurl.com/SM16mdesa2019
juga terdapat dalam BLOG dan FB Page olahragamanjung.
http://www.olahragamanjung.org
7.4
Sebarang PERTANYAN sila hubungi;
1.
En. Bala
Murugan a/l Nadeson (PTPS) 011-1518 3253
2.
En. Mohd
Wazir Syafiq bin Kholil 019-5752887
3.
En. Mohd
Hairul Anuar bin Hashim 019-5745569
8.0 HADIAH – HADIAH
8.1 Bagi acara Individu
8.1.1
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lima belas bagi
setiap kategori.
9.0 NOMBOR PESERTA
9.1
Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan mengikut
ketetapan sekolah masing-masing dibahagian hadapan dan belakang badan dan
hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut kain dan ukuran nombor tinggi
12 cm lebar 1.5 cm.
9.2
Penetapan nombor adalah
seperti berikut:
Kategori
|
Warna
|
Catatan
|
A L 16 thn
|
Putih
( Tulisan hitam )
|
|
B P 16 thn
|
Putih ( Tulisan hitam )
|
|
C L 14 thn
|
Kuning
( Tulisan hitam )
|
|
D P 14 thn
|
Hijau ( Tulisan hitam )
|
Kategori 14 thn olahraga daerah
|
E L 11 thn
|
Biru
Muda ( Tulisan hitam )
|
Kategori 12 thn olahraga daerah
|
F P 11 thn
|
Merah
Jambu ( Tulisan hitam )
|
Kategori 11 thn olahraga daerah
|
10.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
10.1
Semua peserta mesti melaporkan
diri sekurang-kurangnya 30 minit
sebelum waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung
10.2 Peserta-peserta
hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan
pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing
11.0 MEMANASKAN BADAN
12.0 PAKAIAN
12.1
Peserta hendaklah berpakain sesuai
dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil bahagian dan pada majlis penyampaian
hadiah
12.2
Pakaian hendaklah tidak jarang
walaupun basah dan tidak menjolok mata
13.0 BANTAHAN
13.1 Segala
masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil
bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan
dikemukakan kepada MSS Perak kelak.
15.2.1 Lima
belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
15.2.2
Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan
wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus
sahaja
)
14.0 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
14.1
Tiap-tiap acara akan dijalankan
mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa
Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Merentas Desa
MSSD Manjung, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku
pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
14.2
Jawatankuasa Pengelola berhak
memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang Olahraga
KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan
Kejohanan Merentas Desa MSSPk. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar
warga asing dalam kejohanan ini
15.0 Yuran Pendaftaran
15.1
Sekolah Rendah RM5.00 setiap seorang yang berdaftar.
15.2
Sekolah Menengah RM5.00 setiap
seorang yang berdaftar
15.3
Yuran mestilah di bayar kepada
pihak penganjur sebelum atau semasa
kejohanan.
15.4
Pembayaran melalui cek boleh di
bayar di atas nama
“MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MANJUNG”
16.0 HAL – HAL LAIN
16.1
Tempat-tempat khas akan disediakan
untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan
DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
16.2
Selain daripada Pegawai-Pegawai
Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK
SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN
PENGURUS KEJOHANAN.
16.3
Jawatankuasa tidak
bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :
16.3.1
Semasa kejohanan dijalankan
16.3.2
Di dalam dan di luar kawasan
pertandingan
16.3.3
Di tempat-tempat kejohanan
16.4
Walau bagaimanapun, pihak
Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat
mana yang munasabah.